Piala AFF Suzuki 2012 telah membuka tirainya hari ini.
Baru sekejap tadi berakhirnya game antara Filipina vs
Thailand. Keputusannya Thailand menang 2-1 walaupun pada satu ketika begitu
selesa mendahului. Setengah jam sebelum tu dalam kumpulan yang sama,Nyanmar
draw dengan Vietnam 1-1. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang game
antara Filipina dengan Thailand. Ada sesuatu yang kita boleh belajar dari game
ni. Menurut pemerhatian aku asia tenggara masih lagi ketinggalan dari segi
attitude berkenaan dengan profesionalisme mereka. Ini dapat dibuktikan oleh
pemain pemain naturalisasi Filipina. Kebanyakan pemain mereka dilihat
benar-benar ingin bermain bolasepak manakala sikap-sikap tipikal player Asia
Tenggara disifatkan sebagai ‘buat apa
sahaja asal kasar’.
Ini
terbukti apabila seorang Mat Saleh Filipina koyak bahagian dalam mulutnya
apabila disiku oleh ‘star’ Thailand Teerasil Dangda. Injuries tu teruk kerana
ia melibatkan off ball situation dan sepatutnya Teerasil dibuang padang. Camna
aku tau teruk, pasal aku pernah kena macam tu dan setengah bulan aku makan
pakai straw sebab dalam mulut terkoyak bila pipi berlaga dengan gigi. Yang
hebatnya pada aku ialah, bila habis game selamba je mat saleh tu salam dan
pegang kepala Teerasil macam kawan tanpa dendam langsung. Bagi aku itu perkara
yang sangat hebat.
Pada
satu ketika..dekat..dekat nak abis game seorang pemain Thailand challenge satu
bola tinggi. Dia naik sampai lutut paras kepala opponent. Entah camne..dengan
niat jahat dia tu dia salah landing and jatuh macam nangka busuk. Dan dengan
tak semene mene ref bagi foul kat player Filipina. Insiden ni buat coach
Filipina bengang dan buat tindakan spontan ‘melontar’ bola kat si player
Thailand. Akibatnya kene sent off dok kat penonton. Sebelum tu ada sorang mat
saleh Filipina pun kena hentak dengan lutut bila berebut bola tinggi dengan
lawan. Apa punya kasar la main.
Mungkin ada
yang rasa nape yang aku anti sangat dengan Thailand. Jawapannya tak…aku tak
dengki langsung dengan Thailand tapi bagi aku mat mat saleh Filipina tu sangat
professional dengan tugasan diorang. Jarang-jarang aku tengok diorang tackle
belakang. Kalau pressure opponent pun dengan cara yang fair (tak angkat kaki
tinggi). Aku paling tertarik dengan semangat player Filipina. Diorang langsung
tak putus semangat walaupun ketinggalan 2-0 pada satu ketika. Mungkin anggapan
diorang selagi game tak abis selagi tu diorang boleh kejar. Selain tu di
peringkat kumpulan ni,jaringan sangat penting kalau nak g next level. So
diorang tau tugas diorang dan apa yang sepatutnya dilakukan. Masa awal game aku
tengok Filipina ni dah macam Chelsea. Ada sorang tu sebijik macam John Terry.
Dia buat banyak tackle penting masa bertahan. Memang la patriotiknya kurang
bila guna bukan anak tempatan untuk team national,tapi bagi aku yang
penting,apa yang kita dapat belajar dari mentality players yang main
international@ Europe level. Aku tak kata mereka bagus dari segi kualiti…tapi
aku tertarik dengan sikap diorang yang cool dan tak kelihatan ‘kampung’.
Sorrylah
kalau ada yang rasa apa yang aku tulis tak betul,aku yakin ramai yang ada
pandangan sendiri tentang game tadi dan aku hormati semua pendapat tu. Bagi aku
yang lebih penting adalah team kita Harimau Malaya yang akan memulakan misi
mempertahankan kejuaraan esok. So ramai-ramai la kita g Bukit Jalil sok. Aku
tak boleh nak join pasal petang sok team aku akan main first game liga Kuala
Langat lawan MDKL.
Berbalik pada team kita, ada beza antara harapan dengan
jangkaan. Aku kalau bab sukan yang melibatkan Malaysia memang aku nak sangat
tgk kita menang. Sukan apa-apa pun tapi kita kena realistik dengan situasi.
Selepas kita jadi champion edisi 2010, aku pasti team lain pun ‘asah parang’
awal-awal lagi untuk edisi kali ni. Jadi tak hairan kalau kita tengok team lain
meningkat semacam je dua tahun kebelakangan ni kan. Ini kerana mereka
beranggapan kita hanya bernasib baik dulu. Pendapat aku tidak. Team kita
sebenarnya dalam laluan membina semula nama hasil dari pembangunan pemain muda
yang kita mulakan 10 tahun dulu. Jadi kita sekarang memang kuat. Aku masih
percaya team kita memang kuat..Cuma kebimbangan aku adalah apakah kita akan
sekali lagi menjadi juara dan terus menang. Bagi aku kalau masuk final pun kita
masih pasukan yang kuat. Aku hairan macamane ramai Malaysian yang sekarang ni
dok kutuk gila gila team kita. Sampai tak bernafas coach Rajagobal. Perlu
diingat..siapalah kita untuk menidakkan beliau. Ada ke coach lain yang mampu capai apa yang dah dia buat.
Aku secara peribadi memang tabik dengan strategi dia. Ya memang game friendly
kita semuanya dikira out…malah dengan bangla isi minyak pun kita tak boleh
makan,tapi taukah kita apa sebenarnya yang dirancangkan oleh kem Harimau
Malaya. Aku dapat tau dari satu sumber dalaman FAM yang semua tu Cuma untuk
melalaikan musuh je. Malaysia main dengan corak yang sungguh berbeza dari game
masa kita champion dulu. Aku tengok players tak all out dan diorang macam
simpan ‘banyak lagi’ weapon yang misteri. So aku harap kita semua baqi harapan
kat diri kita sendiri walaupun aku tau kepercayaan peminat dan rakyat Malaysia
sangat goyah pada team kali ni.
Seperti
yang aku kata tadi,walaupun kita mungkin kalah,tapi kepercayaan aku pada
Harimau Malaya sekarang sangat tinggi. Maknanya diorang ada keupayaan yang
diperlukan. Jika digabung dengan semangat,maruah,nilai diri kita dan bangsa
Malaysia…aku tak rasa kita tak kuat walaupun kita mungkin kalah esok. Jangan
cepat melatah Malaysian..kita doa dan sokong sebaiknya..jumpa lagi esok…
Diyaz Jazzman