Saturday, 24 November 2012

AFF Suzuki Cup 2012


Piala AFF Suzuki 2012 telah membuka tirainya hari ini.
Baru sekejap tadi berakhirnya game antara Filipina vs Thailand. Keputusannya Thailand menang 2-1 walaupun pada satu ketika begitu selesa mendahului. Setengah jam sebelum tu dalam kumpulan yang sama,Nyanmar draw dengan Vietnam 1-1. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang game antara Filipina dengan Thailand. Ada sesuatu yang kita boleh belajar dari game ni. Menurut pemerhatian aku asia tenggara masih lagi ketinggalan dari segi attitude berkenaan dengan profesionalisme mereka. Ini dapat dibuktikan oleh pemain pemain naturalisasi Filipina. Kebanyakan pemain mereka dilihat benar-benar ingin bermain bolasepak manakala sikap-sikap tipikal player Asia Tenggara disifatkan sebagai  ‘buat apa sahaja asal kasar’.
            Ini terbukti apabila seorang Mat Saleh Filipina koyak bahagian dalam mulutnya apabila disiku oleh ‘star’ Thailand Teerasil Dangda. Injuries tu teruk kerana ia melibatkan off ball situation dan sepatutnya Teerasil dibuang padang. Camna aku tau teruk, pasal aku pernah kena macam tu dan setengah bulan aku makan pakai straw sebab dalam mulut terkoyak bila pipi berlaga dengan gigi. Yang hebatnya pada aku ialah, bila habis game selamba je mat saleh tu salam dan pegang kepala Teerasil macam kawan tanpa dendam langsung. Bagi aku itu perkara yang sangat hebat.
            Pada satu ketika..dekat..dekat nak abis game seorang pemain Thailand challenge satu bola tinggi. Dia naik sampai lutut paras kepala opponent. Entah camne..dengan niat jahat dia tu dia salah landing and jatuh macam nangka busuk. Dan dengan tak semene mene ref bagi foul kat player Filipina. Insiden ni buat coach Filipina bengang dan buat tindakan spontan ‘melontar’ bola kat si player Thailand. Akibatnya kene sent off dok kat penonton. Sebelum tu ada sorang mat saleh Filipina pun kena hentak dengan lutut bila berebut bola tinggi dengan lawan. Apa punya kasar la main.
            Mungkin ada yang rasa nape yang aku anti sangat dengan Thailand. Jawapannya tak…aku tak dengki langsung dengan Thailand tapi bagi aku mat mat saleh Filipina tu sangat professional dengan tugasan diorang. Jarang-jarang aku tengok diorang tackle belakang. Kalau pressure opponent pun dengan cara yang fair (tak angkat kaki tinggi). Aku paling tertarik dengan semangat player Filipina. Diorang langsung tak putus semangat walaupun ketinggalan 2-0 pada satu ketika. Mungkin anggapan diorang selagi game tak abis selagi tu diorang boleh kejar. Selain tu di peringkat kumpulan ni,jaringan sangat penting kalau nak g next level. So diorang tau tugas diorang dan apa yang sepatutnya dilakukan. Masa awal game aku tengok Filipina ni dah macam Chelsea. Ada sorang tu sebijik macam John Terry. Dia buat banyak tackle penting masa bertahan. Memang la patriotiknya kurang bila guna bukan anak tempatan untuk team national,tapi bagi aku yang penting,apa yang kita dapat belajar dari mentality players yang main international@ Europe level. Aku tak kata mereka bagus dari segi kualiti…tapi aku tertarik dengan sikap diorang yang cool dan tak kelihatan ‘kampung’.
            Sorrylah kalau ada yang rasa apa yang aku tulis tak betul,aku yakin ramai yang ada pandangan sendiri tentang game tadi dan aku hormati semua pendapat tu. Bagi aku yang lebih penting adalah team kita Harimau Malaya yang akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan esok. So ramai-ramai la kita g Bukit Jalil sok. Aku tak boleh nak join pasal petang sok team aku akan main first game liga Kuala Langat lawan MDKL.
Berbalik pada team kita, ada beza antara harapan dengan jangkaan. Aku kalau bab sukan yang melibatkan Malaysia memang aku nak sangat tgk kita menang. Sukan apa-apa pun tapi kita kena realistik dengan situasi. Selepas kita jadi champion edisi 2010, aku pasti team lain pun ‘asah parang’ awal-awal lagi untuk edisi kali ni. Jadi tak hairan kalau kita tengok team lain meningkat semacam je dua tahun kebelakangan ni kan. Ini kerana mereka beranggapan kita hanya bernasib baik dulu. Pendapat aku tidak. Team kita sebenarnya dalam laluan membina semula nama hasil dari pembangunan pemain muda yang kita mulakan 10 tahun dulu. Jadi kita sekarang memang kuat. Aku masih percaya team kita memang kuat..Cuma kebimbangan aku adalah apakah kita akan sekali lagi menjadi juara dan terus menang. Bagi aku kalau masuk final pun kita masih pasukan yang kuat. Aku hairan macamane ramai Malaysian yang sekarang ni dok kutuk gila gila team kita. Sampai tak bernafas coach Rajagobal. Perlu diingat..siapalah kita untuk menidakkan beliau. Ada ke coach  lain yang mampu capai apa yang dah dia buat. Aku secara peribadi memang tabik dengan strategi dia. Ya memang game friendly kita semuanya dikira out…malah dengan bangla isi minyak pun kita tak boleh makan,tapi taukah kita apa sebenarnya yang dirancangkan oleh kem Harimau Malaya. Aku dapat tau dari satu sumber dalaman FAM yang semua tu Cuma untuk melalaikan musuh je. Malaysia main dengan corak yang sungguh berbeza dari game masa kita champion dulu. Aku tengok players tak all out dan diorang macam simpan ‘banyak lagi’ weapon yang misteri. So aku harap kita semua baqi harapan kat diri kita sendiri walaupun aku tau kepercayaan peminat dan rakyat Malaysia sangat goyah pada team kali ni.
            Seperti yang aku kata tadi,walaupun kita mungkin kalah,tapi kepercayaan aku pada Harimau Malaya sekarang sangat tinggi. Maknanya diorang ada keupayaan yang diperlukan. Jika digabung dengan semangat,maruah,nilai diri kita dan bangsa Malaysia…aku tak rasa kita tak kuat walaupun kita mungkin kalah esok. Jangan cepat melatah Malaysian..kita doa dan sokong sebaiknya..jumpa lagi esok…

Diyaz Jazzman

No comments:

Post a Comment